..........................................................

05 Mac 2010

MALAM SANTAI



TAWAUSCENE 2009-2010

JUJUR kah AKU

Assalamualaikum w.w. dan salam sejahtera pada non Muslim. Thanks kerna sudi mengunjungi blog yang jellek lagi hitam ini sambul baca2 apa yang ada dan tgk2 gambar yang ada.

Okay untuk makluman aku buat pertama kalinya menulis apa sebenarnya Tawauscene dan visi dan misi aku buat blog muzikal mainstream atau underground di Tawau.

Pada khamis sekitar jam 9malam aku buka laman sosial myspace.com/positiveimage. Macam biasalah aku buka prifile dan tgk komen dr kawan2. Ada satu saja komen baru iaitu dari Tawau Youth Music saudara DIN. Komen itu berbunyi bgini "apa ceta cok ? blogspot ko aku dah ronda, ok cuma biarlah telus n jujur ok - din".

Aku trma komen yang diberikan leh saudara Din dengan redha. Tapi sedikit aku mau bagi tau pada semua undergrounders yang ada di Tawau ini.

Dalam blog Tawauscene, aku menulis dan mengupload gambar mana yang aku mampu dan mana yang aku perolehi masa aku hadiri gigs2 di Tawau. Bukan setakat bahan dari aku, malah kawan juga turut menyumbang artikel, gambar dan flyers tujuan promosi.

Aku paham kenapa saudara Din berkata perlu telus dan jujur. Kemungkinan saudara Din menginginkan semua kejadian yang berlaku pada events gigs di Tawau diulas dalam blog ini. Bukan kah begitu.? Ulas mengenai sikap crowd yang onar atau ulas kelemahan organizer?. Begitu kah?.

Okalah aku ambil dua contoh gigs yang aku hadiri. Pertama di Dewan Sri Asnur yang dianjurkan oleh Biskut Komuniti. Beberapa band luar Tawau datang untuk berentap namun layanan yang diberikan tidaklah seperti yang dijanjikan. Kalian tau juga apakedadahnya kejadi para band2 luar itu. Dibiarkan kesana kemari dengan bantuan band2 Tawau lain. Sedangkan juga organizer tidak menjaga kebajikan mereka ketika datang di Tawau. Sistem bunyi yang lemah dan event berlangsung tanpa permit setau aku.

Yang ke dua pula, gigs yang dianjurkan oleh Tawau Youth Music iaitu the last of Music Againts Discrimination Part3 di Dewan De Choice Hotel. Juga menjemput 2 band luar yang dijaga kebajikan mereka dijemput dan dihantar pulang dan makan bersama. Tapi lihat masa gigs berjalan, adakah organizer dapat mengawal keadaan crowd yang menimbulkan huru-hara, crowd membuat sesuka hati, mengutuk organizer, mengutuk band luar. Kenapa pada waktu itu organizer hanya mendiamkan diri sedangkan organizer ada hak untuk mengambil tindakan terhadap gigs yang dianjurkan. Namun hanyalah diam saja duduk tercengat.

Kalau lah aku ulas setiap gigs yang dianjurkan, alangkah malunya organizer kerana banyak sistem kelemahan yang tidak mau diatasi dan bukan sukar diatasi TIDAK MAU DIATASI..Bila aku kemukakan dua perkara yang berlaku dalam gigs itu, maknanya aku telah telus dan jujur. Tapi padan muka kalau orang luar baca yang gigs2 di Tawau bayak dicemari insiden yang tidak baik. Malulah Tawau. Lemah dari segi keselamatan. Bukankah bgitu?.

Fikirkan sebentar, adakah keonaran dimasa gigs berlangsung yang dipersalahkan adalah crowd yang buat huru-hara itu?, atau kesalahn itu diletakkan pada organizer kerana gagal mengawal emosi croed yang datang. Soal gaduh atau salah paham biasa dalam gigs. Masalah dan perkara buruk akan berlaku jika organizer tidak mengatasi kelemahan ini. Lu pikir la sendiri!!!

Soal kawan kah musuh kah sebagai organizer haru tegas dan cekap dalam mengandalikan perkara itu. Berani berhadapan dan berani bersuara demi kebaikan penganjuran gigs berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden.

Jadi kalaulah aku ingin jujur dari awal kemunculan blog ini, makanya segelintir akan tidak suka padaku kerna mengulas tentang kelemahan organizer. Tapi bagi aku cukup sudah ketelusan dan kejujuran yang aku utarakan dalam blog Tawauscene walau terdapat banyak kekurangan artikel. Tapi dak salah kalau kamu menyumbang diruangan komen @ ulasan pada bahagian bawah artikel atau gambar. Aku akui aku tidak pernah mengulas mengenai kelemahan sesiapa dalam blog Tawauscene. Kerna kita masih lemah dalam mengendalikan acara gigs beza dengan luar.

Adakah aku mesti mengulas dengan lebih terperinci mengenai event yang berlangsung di Tawau? Perluka aku menulis dari A-Z?. Jawapannya ada pada diri aku sendiri. Aku buat blog ini bermisikan supaya kita ingat akan jadual acara muzik dan gambar selepas acara berlangsung. Bukan semata-mata kerna duit. Aku ambil gambar juga suka-suka.

Semua yang aku tulis ini bukanlah gesaan atau tantangan dari komen Tawau Youth Music saudara Din itu. Cuma aku ingin jelaskan pada kawan semua apa yang aku buat dalam blog Tawauscene ini. Pokok asalanya aku hanyalah ingin mengupload gambar saja. Artikel dan ulasan ada cuma sedikit dan yang baik saja. Kalau mau mengajar aku perlu mengulas benda yang benar2 terjadi itu aku terima. Tapi aku lebih tau kerna aku juga bekas wartawan..hahahahahah..

Apa pun kita ni lemah dari banyak segi. Ada baiknya ditegur agar kelemahan itu dapat diatasi. Jangan bila lihat dan tau kelemahan hanya mendiamkan diri dan takut untuk merubah.

Pada Biskut Komuniti, Tawau Touth Music dan Din aku minta maaf pada kamu sebb aku ulas event2 kamu dan ada sedikit kebidasan. Kalau kamu anggap aku ni bukan kawan, biarlah hanya di alam maya saja. Pada realitinya kita tetap kawan.

Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk datang nya dr aku sendiri..Assalamualaikum