..........................................................

01 Januari 2011

18 Oktober 2010

17 Oktober 2010

OUT DY PART 1



TAWAUSCENE 2009-2010

25 September 2010

07 Julai 2010

03 Mei 2010

05 Mac 2010

MALAM SANTAI



TAWAUSCENE 2009-2010

JUJUR kah AKU

Assalamualaikum w.w. dan salam sejahtera pada non Muslim. Thanks kerna sudi mengunjungi blog yang jellek lagi hitam ini sambul baca2 apa yang ada dan tgk2 gambar yang ada.

Okay untuk makluman aku buat pertama kalinya menulis apa sebenarnya Tawauscene dan visi dan misi aku buat blog muzikal mainstream atau underground di Tawau.

Pada khamis sekitar jam 9malam aku buka laman sosial myspace.com/positiveimage. Macam biasalah aku buka prifile dan tgk komen dr kawan2. Ada satu saja komen baru iaitu dari Tawau Youth Music saudara DIN. Komen itu berbunyi bgini "apa ceta cok ? blogspot ko aku dah ronda, ok cuma biarlah telus n jujur ok - din".

Aku trma komen yang diberikan leh saudara Din dengan redha. Tapi sedikit aku mau bagi tau pada semua undergrounders yang ada di Tawau ini.

Dalam blog Tawauscene, aku menulis dan mengupload gambar mana yang aku mampu dan mana yang aku perolehi masa aku hadiri gigs2 di Tawau. Bukan setakat bahan dari aku, malah kawan juga turut menyumbang artikel, gambar dan flyers tujuan promosi.

Aku paham kenapa saudara Din berkata perlu telus dan jujur. Kemungkinan saudara Din menginginkan semua kejadian yang berlaku pada events gigs di Tawau diulas dalam blog ini. Bukan kah begitu.? Ulas mengenai sikap crowd yang onar atau ulas kelemahan organizer?. Begitu kah?.

Okalah aku ambil dua contoh gigs yang aku hadiri. Pertama di Dewan Sri Asnur yang dianjurkan oleh Biskut Komuniti. Beberapa band luar Tawau datang untuk berentap namun layanan yang diberikan tidaklah seperti yang dijanjikan. Kalian tau juga apakedadahnya kejadi para band2 luar itu. Dibiarkan kesana kemari dengan bantuan band2 Tawau lain. Sedangkan juga organizer tidak menjaga kebajikan mereka ketika datang di Tawau. Sistem bunyi yang lemah dan event berlangsung tanpa permit setau aku.

Yang ke dua pula, gigs yang dianjurkan oleh Tawau Youth Music iaitu the last of Music Againts Discrimination Part3 di Dewan De Choice Hotel. Juga menjemput 2 band luar yang dijaga kebajikan mereka dijemput dan dihantar pulang dan makan bersama. Tapi lihat masa gigs berjalan, adakah organizer dapat mengawal keadaan crowd yang menimbulkan huru-hara, crowd membuat sesuka hati, mengutuk organizer, mengutuk band luar. Kenapa pada waktu itu organizer hanya mendiamkan diri sedangkan organizer ada hak untuk mengambil tindakan terhadap gigs yang dianjurkan. Namun hanyalah diam saja duduk tercengat.

Kalau lah aku ulas setiap gigs yang dianjurkan, alangkah malunya organizer kerana banyak sistem kelemahan yang tidak mau diatasi dan bukan sukar diatasi TIDAK MAU DIATASI..Bila aku kemukakan dua perkara yang berlaku dalam gigs itu, maknanya aku telah telus dan jujur. Tapi padan muka kalau orang luar baca yang gigs2 di Tawau bayak dicemari insiden yang tidak baik. Malulah Tawau. Lemah dari segi keselamatan. Bukankah bgitu?.

Fikirkan sebentar, adakah keonaran dimasa gigs berlangsung yang dipersalahkan adalah crowd yang buat huru-hara itu?, atau kesalahn itu diletakkan pada organizer kerana gagal mengawal emosi croed yang datang. Soal gaduh atau salah paham biasa dalam gigs. Masalah dan perkara buruk akan berlaku jika organizer tidak mengatasi kelemahan ini. Lu pikir la sendiri!!!

Soal kawan kah musuh kah sebagai organizer haru tegas dan cekap dalam mengandalikan perkara itu. Berani berhadapan dan berani bersuara demi kebaikan penganjuran gigs berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden.

Jadi kalaulah aku ingin jujur dari awal kemunculan blog ini, makanya segelintir akan tidak suka padaku kerna mengulas tentang kelemahan organizer. Tapi bagi aku cukup sudah ketelusan dan kejujuran yang aku utarakan dalam blog Tawauscene walau terdapat banyak kekurangan artikel. Tapi dak salah kalau kamu menyumbang diruangan komen @ ulasan pada bahagian bawah artikel atau gambar. Aku akui aku tidak pernah mengulas mengenai kelemahan sesiapa dalam blog Tawauscene. Kerna kita masih lemah dalam mengendalikan acara gigs beza dengan luar.

Adakah aku mesti mengulas dengan lebih terperinci mengenai event yang berlangsung di Tawau? Perluka aku menulis dari A-Z?. Jawapannya ada pada diri aku sendiri. Aku buat blog ini bermisikan supaya kita ingat akan jadual acara muzik dan gambar selepas acara berlangsung. Bukan semata-mata kerna duit. Aku ambil gambar juga suka-suka.

Semua yang aku tulis ini bukanlah gesaan atau tantangan dari komen Tawau Youth Music saudara Din itu. Cuma aku ingin jelaskan pada kawan semua apa yang aku buat dalam blog Tawauscene ini. Pokok asalanya aku hanyalah ingin mengupload gambar saja. Artikel dan ulasan ada cuma sedikit dan yang baik saja. Kalau mau mengajar aku perlu mengulas benda yang benar2 terjadi itu aku terima. Tapi aku lebih tau kerna aku juga bekas wartawan..hahahahahah..

Apa pun kita ni lemah dari banyak segi. Ada baiknya ditegur agar kelemahan itu dapat diatasi. Jangan bila lihat dan tau kelemahan hanya mendiamkan diri dan takut untuk merubah.

Pada Biskut Komuniti, Tawau Touth Music dan Din aku minta maaf pada kamu sebb aku ulas event2 kamu dan ada sedikit kebidasan. Kalau kamu anggap aku ni bukan kawan, biarlah hanya di alam maya saja. Pada realitinya kita tetap kawan.

Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk datang nya dr aku sendiri..Assalamualaikum

18 Februari 2010

16 Februari 2010

WE ARE POP vol2


TAWAUSCENE 2009-2010

29 Januari 2010

01 Januari 2010

MUZIK DAN TAWAU 2009

2009 baru saja berakhir dengan sejuta kenangan yang menggamit memori kita. Mungkin ada diantara kita yang masih belum menyelesaikan kerja tertunggak pada tahun lalu dan mungkin dibawa ke tahun 2010. Adakah ia wajar bagi kita membawa perkara yang belum selesai dulu ke masa yang baru ini9. Ianya terpulang dari diri kita sendiri.

Melihat semua ini, ada diantara pemuzik di Tawau yang masih belum melengkapkan jadual hiburan mereka. Samada persembahan, rakaman lagu, bersuka ria, percutian sesama group atau sebagainya. Jadi wajarlah bagi kita melengkapkan jadual kita untuk kebaikan di masa akan datang. Yang pasti jangan terburu-buru geng.

Untuk pengetahuan kebanyakkan gigs atau jam ses dibuat menghimpunkan pelbagai genre. Itu yang membuatkan scene Tawau ini bersatu walau masih ketinggalan sedikit berbanding tempat lain.

KONSERT, GIGS, OPEN JAM, JAM SESION, AKUSTIK DAN SBG.
Tapi rasanya kelengkapan dari segi konsert, gigs, open jam, mahupun jam sesion bagi
Tawau ianya dikatakan cukup untuk tahun 2009.Dimulakan dengan gigs MUSIC AGAINTS DISCRIMINATION PART1 @D`Choice hotel hinggalah dipenghujungnya WE ARE FRIENDS part3 di Garden Ct Of Music.

Bermulanya 2009 juga event sebegini mula muncul dalam scene di Tawau dr perlbagai genre. 2009 juga memperlihatkan banyak gigs, jam ses maupun apa jua yang mengaitkan aktiviti hiburan menggunakan alat muzik ianya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Banyak organizer mula membuat label sendiri di tahun 2009 bagi menganjurkan acara muzik dalam bentuk live di mana2 saja. Dan pastinya semuanya berjaya walau terdapat sedikit tohmahan dr individu.Syabas diucapkan kepada organizer yang membuat event di Tawau dalam bentuk muzik walaupun ianya masih setakat alakadar saja namun ianya bermakna pada scene Tawau..Syabas diucapkan..

THE BANDs
Pertumbuhan kumpulan muzik pelbagai genre telah melanda pada 2009. Banyak kelibat anak muda mula mewujudkan kumpulan masing2 bagi berentap di atas pentas seperti merek-mereka yang pernah. Kewujudan ini begitu capat kerana ia tidak memerlukan modal yang besar.Hanya yang diperlukan keinginan dan semangat kawan bagi menubuhkan sebuah band muzik.

Begitu juga dengan sikap individu yang menukar scene. Dari itu ke ini, ini ke itu. Kenapa boleh terjadi?. Adakah ia pengaruh rakan sebaya atau kehendak diri sendir atau melihatkan sesuatu scene itu hebat pada masa kini lantas mengambil jalan singkat untuk merubah ke scene yang lain. Atau.....ko dak di pakai oleh scene yang kau ikuti itu telah memulaukan kau kerana perangai mu..ahhhh

Tanpa mengira apa yang orang katakan, ia tetap menjadi pilihan bagi memuaskan hati individu. Namun tahan sajalah anda bila anda menjadi bualan mulut2 orang.

Bagi kita adakah ia satu kesalahan untuk mereka ini berpindah randah scene? Kau pikirlah sendiri..hahahhahah...rasa kau..(nama saya alexius)



CROWD OR CROWDEAD

Sememangnya di Tawau yang rata-rata peminat muzik adalah dr golongan belia. Boleh dikatakan 60% belia yang bekecimpung dalam bidang muzik merupakan penuntut yang sedang belajar di IPT maupun sekolah.

Tidak perlu dikhuatiri lagi semenagnya peminat muzik di Tawau ini merupakan golongan terpelajar dan kini sudah mulai paham akan kehidupan atau pembawaan muzik itu. Bukan sekadar hentam kromo saja seperti yang kita pernah dengar sebelum ini (pouser).

Dari segi crowd pula menampakkan kita kepada ke sopportan mereka kepada semua genre. Biar event dianjurkan itu adalah gigs campuran pelbagai genre, para crowd masih busas berdansa sesama sendiri walaupun muzik berkumandang adalah OI dan yang berdansa itu kita lihat dr INDIE KE ROCK N ROLL KE POP KE PUNK dan sbgnya.

Itu yang hebatnya scene di Tawau bersatu dalam muzik. Bersatu menyokong muzik industri maupun bawah tanah. Berbayar atau tidak yang penting dr segi kepuasan itulah yang dicari oleh musician atau supporter crowd.

MUZIK STUDIO
Muzik studio merupakan tempat yang paling penting para musician Tawau untuk membuat latihan sebelum membuat persembahan. Begitu mudah bagi group yang mempunyai kemudahan alat muzik tersendiri berbanding yang masih jam di studio berbayar.

Untuk itu, para usahawan yang minat akan muzik mula membuat empayar perniagaan dengan membuka studi jam. Ianya tepat pada zaman ini kerana industri muzik mula berkembangan dan yang membanggakan arus perdana kini boleh menerima sesetengah muzik yang lahir dari bawah tanah. Terimah kasih.

Untuk itu perniagaan studio jamming amatlah wajar dibuat bagi membolehkan para musician dapat membuat latihan sekaligus memberi sedikit keuntungan kepada bos studio jam..

Boleh dikatakan terdapat 8 studio jam yang terdapat Tawau yang mempunyai premis. Dari stesen bas ke Sabindo ke Fajar ke Eastern di mana saja tujuan ada saja studio jamming.

Namun sayangnya belum ada tempat untuk membuat rakaman. Para musician kini masih membuat rakaman di Kota Kinabalu kebanyakkanya. Sapa kata Tawau belum ada studio rakaman. Kalau dulu mmg belum ada tapi kini ada sudah. Erm kamu tau jugak di mana temaptnya kan. Tidak mau aku promote. Kamu tau2 la sendiri.

Tapi dari segi kualiti mmg masih level 1 berbanding studio rakaman di KK. Jadi tidak heran kalau musician ke KK untuk mmbuat rakaman demo maupun EP maupun album.

Kalaulah aku banyak duit aku akan buka studio rekod yang terbaik..hahahah industri lagi..

VISI DAN MISI


Visi dan misi biasanya mesti ada dalam satu-satu kerja yang dibuat. Tapi apa pula visi dan mis para musician di Tawau. Sudah tentulah ingin menjadi lebih baik dan menjadi seperti orang yang terkenal. Artis la katakan..

Tapi sejauh mana visi itu akan dilaksanakan jika bermain muzik sekadar ala kadar saja. Membuar rakaman demo masih secara live. Itukah visi yang akan dilaksanakan untuk menjadi terkenal. Kalau lah begitu mmg susah dab payah untuk menonjol jika rakaman itu masih di tahap kurang memuaskan.

Tapi tidak guna juga jika sound memuaskan jika petikan, ketukan, vokalis muzik tidak hebat. Bikin rugi saja membuat rakaman.

Definisi


2009 merupakan tahun muzik bagi penggemar muzik di Tawau.Tahun itu juga banyak acara muzik diadakan dr yang underground ke mainstream.

Penganjuran beattle of the band, gigs, open jam begitu banyak sekali diadakan di daerah ini. Sekaligus kewujudan band2 muzik seiring dengan arus ini. Pertumbuhan ini juga membuatkan semakin ramai crowd yang mula hadir ke mana2 acara muzik.

Tidak juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang mana pusat studio jamming di buka di sana sini.

AKU BUKANLAH PENULIS YANG BAIK. DAN AKU BUKANLAH PEMERHATI YANG BIJAKSANA. AKU HANYA MEYAMPAIKAN KEPADA KAMU TENTANG APA YANG DILIHAT DAN DINAMPAK. TAPI MASIH BELUM DIREVIEW TENTANG KEBURUKAN MUZIK DI TAWAU DARI PELBAGAI ASPEK.

JADI AKU MINTA MAAF JIKA PENULISAN ARTIKEL INI MENGANDUNGI BERAT SEBELAH. TAPI AKU TETAP DENGAN AKU..HAHAHHAHA.
.

2009 BERLALU, KINI 2010 AZAM BARU KENA DISEMATKAN DAN DILAKSANAKAN.TANAMKAN AZAM CINTAKAN KEPADA TUHAN DAN BERAMAL IBADAH LA SELALU.MUZIK2 JUGA TAPI AMAL JANGAN DILUPAKAN.

WE ARE FRIEND...END OF THE YEAR 2009 30.12



Anas berentap masa jam ses selaku organizer

30.12.2009 hari yang boleh dikatakan cukup bermakna bagi musician Tawau apabila seorang organizer yang masih berumur 18 tahun ANAS yang sedang menuntut di POLYTEKNIK KK telah menganjurkan JAM SESION pada akhir tahun bertempat di GARDEN CT OF MUSIC.

Anas yang resah pada hari itu merasakan segelintir saja yang hadir..Ini mengakibatkan jam ses terpaksa di tunda ke pukul 1.30ptg yang pada awalnya dijanjikan jam 10pg..

Keresahannya hilang apabila crowd mula hadir pada pukul 1.30 tatkala dengan riaknya dia mengatur serta menjadi MC pada majlis tersebut..Walau ada sesetengah band yg tidak dapat main disebbkan sesetengah mereka ada bekerja namun bend yang perform hari itu diberikan support yg kuat dr crowd..

Syabas anas kerna berjaya menganjurkan jam ses hujung tahun dengan melengkapkan WE ARE FRIEND part3 sekaligus menutup jadual musician tahun 2009...

selamat menyambut tahun baru 2010 dr TAWAUSCENE

26 Disember 2009

MUZIK DAN FESYEN DI TAWAU

Sememangnya belia di Tawau penuh dengan warna-warni andai kita menyentuh bab fesyen generasi muda di daerah ini, lebih-lebih lagi apabila muncul semula pengaruh `hippies`yang satu ketika dahulu menjadi kegilaan anak-anak muda sekitar 80an.

Pelik bukan?, Andai diamati trend generasi muda, pasti timbul pelbagai bayangan imej yang pernah menjengah pandangan kita samada menyejukkan ataupun menjolok mata!. Ironinya, timbul rasa kelakar apabila bertemu fesyen yang terlalu canggung dari arus perdana!.

Mungkin kelainan yang ingin ditonjolkan oleh para remaja?. samada sedar ataupun tidak sikap yang terlalu taksub dengan pengaruh fesyen akhirnya membentuk sub budaya mereka sendiri, disamping pengaruh muzik yang sememangnya telah berakar umbi sebagai pencetus budaya hidup remaja di Barat.

Pengaruh muzik sebenarnya telah membentuk kelompok komuniti tertenti misalnya muzik okestra akan memperlihatkan penglibatan kelompok korporat, muzik-muzik yang agak hardcore pula menghimpunkan generasi muda, dan sebagainya. (eh bagaimana pula pengaruh irama dangdut?).

Pengaruh kumpulan muzik Punk Ghothik (GOTIK) akhir-akhir ini membentuk idealisme baru dalam fesyen remaja Tawau, sehingga ada yang berpakaian ala-ala Charlie Chaplin, kening dicelak, rambut beracak, stokong berceloreng, meletekkan kuntuman bunga di atas baju, malah membentuk tiga warna asas merah, putih dan hitam.


Pengaruh yang lahir dari hasil cetusan muzik seperti skinhead, punk, metal, grunge, ska, hip-hop hanya sekadar kelompok besar, kerana di sebalik kumpulan berkenaan terselit kelompok kecil yang juga hasil daripada sub budaya berkenaan.

Misalnya sub metal membentuk beberapa bahagian seperti heavy metal, black metal, okestra metal, death metal, nu metal, doom metal, folk metal, glam metal, gotik metal, metal core, speed metal, thrash metal, stoner metal, power metal, progresif metal, neo classical metal, dan beberapa jenis lagi.


Generasi di Tawau memang hebat dan meriah dalam bergaya, sebut saja jenis fesyen, ada saja wakilnya yang anda akan temui jika berjalan sekitar bandar lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Hari Kemerdekaan, Tahun Baru Kalendar dan terutama sekali hari Sabtu.


Bermula dengan mereka yang mengenakan pakaian menutup aurat sehinggalah kepada golongan yang gemar berpakaian menjolok mata. Mungkin inilah sebab ramai anak muda yang suka melepak dan berpeseleran semata-mata mahu `mencuci mata`.

Peliknya apabila mereka diperhatikan adakalanya timbul rasa bangga, namun perasaan tersebut sekelip mata dapat bertukar baran yang boleh mencetuskan pergaduhan antara pemerhati dan pemakai.

Kebiasaanya bundel akan menjadi tumpuan mereka menyelam mencari khazanah second hand yang didambakan, namun pilihan mereka mungkin sedikit beralih kepada beberapa buah kedai yang memiliki label Undergound yang muncul di Tawau.

Gadis-gadis yang berani pula mengenakan pakaian yang agak menjolok mata sehingga ada yang menggelar sesetengah gadis memakai pakaian seksi yang menampakkan pusat yang kononnya bertitik tolak dari pengaruh fileh Hindustan.


Mungkin tika fesyen remaja berseluar sempit di bahagian buku lali trend yang kian popular kini. Golongan ini kononnya mengembalikan zaman kegemilangan Rock Kapak yang juga pengaruhnya adalah kumpulan muzik terkenal era 80an seperti Loudness, Iron Maiden, Search, Wings, May, Ekamatra dan sebagainya.

Walau apapun sekali fesyen pakaian dikenakan, keselesaan sewajarnya menjadi keutamaan si pemakai, bukan sekadar berfesyen membuta tuli yang menjadi Pak Turut
sehingga lupa tatasusila adab ketimuran yang perlu dipertahankan sebagai identiti masyarakat tempatan.

Fesyen bukan sekadar gaya, namun ia menunjukkan keperibadian si pemakai, walaupun ada yang menganggap fesyen perlu ikut arus semasa. Rasionalnya, andai feyen yang dituruti menyimpang jauh dari landasan pemikiran yang waras lebih baik berfikir dulu sebelum bertindak.

Anda boleh mengenakan sebarang pakaian yang anda suka, namun bersedia dengan segala spekulasi, tohmahan, ejekan, andaian, yang bakal menghunjam emosi dan minda anda.

Persoalan kini, adakah revolusi dan kegemilangan ini akan berterusan selamanya?.

Cermin-cerminkanlah.....fikirkan sejenak.

Dari:MESTI edisi Mac 2008.Penulis Amir Anuar

25 Disember 2009

JAM SESION METAL

Pada Sabtu bermula tengah hari..dak ingat tarikh dia bila..yang pastinya di stuido GARDEN CT OF MUSIC (DENDEN STUDIO)kelibat anak2 berbaju hitam legam bak kata orang berkaryakan muzik keras juga ditabalkan sebagai METALLLL akan menghadiri satu sesi persembahan dan pendengaran muzik2 keras metal di studio itu.

Bukan gigs tapi hanya jam session saja yang diacarakan pada hari itu..kedengaran juga ada band2 dr luar Tawau akan mempersembahkan atau berteriak pada hari itu..sungguhpun yang datang itu dr perlbagai genre namun kemetalan tetap menjadi maharajalela pada hari itu..yang datang memang ramai..memang dari pelusuk kem, gua, pedalaman pun ada..

Apa yang pasti kam ses itu dapat menambat hati para tetamu yang hadir tanpa ada sebarang insiden yang dak baek berlaku..tiada mabuk, gaduh dan ngesex..hanyalah muzik yang dipersembahkan hinggakan ada yang bersiul siul lagu metal setelah lepak minum di ABC..

Oh ya ada cedera..si pendy skinhead masa dia pogo dan moshing mukak nya kenak gitar bass masa dorang si 28 days later main..berdarah mukaknya dak berenti trus hantar pi hospital..tapi dia tetap cool lepas tu..bilangnya METALLLLLLLLL













GELOMBANG MUSIC SABAH



Gelombang music sabah...bukan la satu gelombang pancaran tsunami..ianya menggelombangkan music indiependent yg ada di Sabah..ya ker.....ya la tu..

Tawau Youth selaku organizer untuk gigs yang di adakan di de choice hotel pada 29.11.2009 membariskan 12 band yang akan berentap..3 dr luar tawau iaitu sludgy LD manakala the mines dan twist of fate dr sandakan..tetapi si twist of fate tdk dapat menghadirkan diri ats sebb tertentu..selebihnya dr Tawau..

Gigs ini ramai yang hadir untuk berdansa..mmg ramai..ada yang awal dtg dan ada yg habis show br datang..kasihan de lho...

Untuk persembahan mmg semua band dapat menambat hati crowd..semua happy dan tiada seorg pun yang sedih..dak ku tau kalau ada yng sedih..gigs ini mmg lucu kerna samuel asyik buat lawak saja bersama rakan2 yang lain..

Endingnya best2 saja...ops aku dak upload gmabr sebb itu copyright dr empunya..adiossss

WE ALL FRIEND

WE ARE POP LIVE @GARDEN CITY OF MUSIC

WE ALL FRIENDS 2ND







MUSIC FOR SOUL











Ra`yat Community satu lagi badan tidak berdaftar dengan mana2 telah menjayakan satu gigs yang julung pertamanya mereka persembahkan.

Bertempat di Dewan Giat Belia berdekatan dengan Hospital Tawau, gigs itu berlangsung dengan penuh meriah walau yang hadir hanya segelintir saja..Namun ia tidak mematahkan semangat para musician untuk mendendangkan lagu2 mereka di khalayak crowd yang bertenggeng dan berdansa dalam dewan..

Bagi persembahan pula, mmg agak hovac skalii..walau jadual dijanjikan mulanya pukul 10 pagi namun seperi pepatah JANJI MELAYU mmg dakkan pernah hilang bila mana2 gigs diadakan..start mula dalam jam 2 petang..14 band berentap pada hari itu..

Satu lagi kejayaan buat Ra`yat Community..syabas kalian teruskan membangunkan industri muzik tempatan walau hanya di khalayak kecil saja..