..........................................................

01 Januari 2010

MUZIK DAN TAWAU 2009

2009 baru saja berakhir dengan sejuta kenangan yang menggamit memori kita. Mungkin ada diantara kita yang masih belum menyelesaikan kerja tertunggak pada tahun lalu dan mungkin dibawa ke tahun 2010. Adakah ia wajar bagi kita membawa perkara yang belum selesai dulu ke masa yang baru ini9. Ianya terpulang dari diri kita sendiri.

Melihat semua ini, ada diantara pemuzik di Tawau yang masih belum melengkapkan jadual hiburan mereka. Samada persembahan, rakaman lagu, bersuka ria, percutian sesama group atau sebagainya. Jadi wajarlah bagi kita melengkapkan jadual kita untuk kebaikan di masa akan datang. Yang pasti jangan terburu-buru geng.

Untuk pengetahuan kebanyakkan gigs atau jam ses dibuat menghimpunkan pelbagai genre. Itu yang membuatkan scene Tawau ini bersatu walau masih ketinggalan sedikit berbanding tempat lain.

KONSERT, GIGS, OPEN JAM, JAM SESION, AKUSTIK DAN SBG.
Tapi rasanya kelengkapan dari segi konsert, gigs, open jam, mahupun jam sesion bagi
Tawau ianya dikatakan cukup untuk tahun 2009.Dimulakan dengan gigs MUSIC AGAINTS DISCRIMINATION PART1 @D`Choice hotel hinggalah dipenghujungnya WE ARE FRIENDS part3 di Garden Ct Of Music.

Bermulanya 2009 juga event sebegini mula muncul dalam scene di Tawau dr perlbagai genre. 2009 juga memperlihatkan banyak gigs, jam ses maupun apa jua yang mengaitkan aktiviti hiburan menggunakan alat muzik ianya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Banyak organizer mula membuat label sendiri di tahun 2009 bagi menganjurkan acara muzik dalam bentuk live di mana2 saja. Dan pastinya semuanya berjaya walau terdapat sedikit tohmahan dr individu.Syabas diucapkan kepada organizer yang membuat event di Tawau dalam bentuk muzik walaupun ianya masih setakat alakadar saja namun ianya bermakna pada scene Tawau..Syabas diucapkan..

THE BANDs
Pertumbuhan kumpulan muzik pelbagai genre telah melanda pada 2009. Banyak kelibat anak muda mula mewujudkan kumpulan masing2 bagi berentap di atas pentas seperti merek-mereka yang pernah. Kewujudan ini begitu capat kerana ia tidak memerlukan modal yang besar.Hanya yang diperlukan keinginan dan semangat kawan bagi menubuhkan sebuah band muzik.

Begitu juga dengan sikap individu yang menukar scene. Dari itu ke ini, ini ke itu. Kenapa boleh terjadi?. Adakah ia pengaruh rakan sebaya atau kehendak diri sendir atau melihatkan sesuatu scene itu hebat pada masa kini lantas mengambil jalan singkat untuk merubah ke scene yang lain. Atau.....ko dak di pakai oleh scene yang kau ikuti itu telah memulaukan kau kerana perangai mu..ahhhh

Tanpa mengira apa yang orang katakan, ia tetap menjadi pilihan bagi memuaskan hati individu. Namun tahan sajalah anda bila anda menjadi bualan mulut2 orang.

Bagi kita adakah ia satu kesalahan untuk mereka ini berpindah randah scene? Kau pikirlah sendiri..hahahhahah...rasa kau..(nama saya alexius)



CROWD OR CROWDEAD

Sememangnya di Tawau yang rata-rata peminat muzik adalah dr golongan belia. Boleh dikatakan 60% belia yang bekecimpung dalam bidang muzik merupakan penuntut yang sedang belajar di IPT maupun sekolah.

Tidak perlu dikhuatiri lagi semenagnya peminat muzik di Tawau ini merupakan golongan terpelajar dan kini sudah mulai paham akan kehidupan atau pembawaan muzik itu. Bukan sekadar hentam kromo saja seperti yang kita pernah dengar sebelum ini (pouser).

Dari segi crowd pula menampakkan kita kepada ke sopportan mereka kepada semua genre. Biar event dianjurkan itu adalah gigs campuran pelbagai genre, para crowd masih busas berdansa sesama sendiri walaupun muzik berkumandang adalah OI dan yang berdansa itu kita lihat dr INDIE KE ROCK N ROLL KE POP KE PUNK dan sbgnya.

Itu yang hebatnya scene di Tawau bersatu dalam muzik. Bersatu menyokong muzik industri maupun bawah tanah. Berbayar atau tidak yang penting dr segi kepuasan itulah yang dicari oleh musician atau supporter crowd.

MUZIK STUDIO
Muzik studio merupakan tempat yang paling penting para musician Tawau untuk membuat latihan sebelum membuat persembahan. Begitu mudah bagi group yang mempunyai kemudahan alat muzik tersendiri berbanding yang masih jam di studio berbayar.

Untuk itu, para usahawan yang minat akan muzik mula membuat empayar perniagaan dengan membuka studi jam. Ianya tepat pada zaman ini kerana industri muzik mula berkembangan dan yang membanggakan arus perdana kini boleh menerima sesetengah muzik yang lahir dari bawah tanah. Terimah kasih.

Untuk itu perniagaan studio jamming amatlah wajar dibuat bagi membolehkan para musician dapat membuat latihan sekaligus memberi sedikit keuntungan kepada bos studio jam..

Boleh dikatakan terdapat 8 studio jam yang terdapat Tawau yang mempunyai premis. Dari stesen bas ke Sabindo ke Fajar ke Eastern di mana saja tujuan ada saja studio jamming.

Namun sayangnya belum ada tempat untuk membuat rakaman. Para musician kini masih membuat rakaman di Kota Kinabalu kebanyakkanya. Sapa kata Tawau belum ada studio rakaman. Kalau dulu mmg belum ada tapi kini ada sudah. Erm kamu tau jugak di mana temaptnya kan. Tidak mau aku promote. Kamu tau2 la sendiri.

Tapi dari segi kualiti mmg masih level 1 berbanding studio rakaman di KK. Jadi tidak heran kalau musician ke KK untuk mmbuat rakaman demo maupun EP maupun album.

Kalaulah aku banyak duit aku akan buka studio rekod yang terbaik..hahahah industri lagi..

VISI DAN MISI


Visi dan misi biasanya mesti ada dalam satu-satu kerja yang dibuat. Tapi apa pula visi dan mis para musician di Tawau. Sudah tentulah ingin menjadi lebih baik dan menjadi seperti orang yang terkenal. Artis la katakan..

Tapi sejauh mana visi itu akan dilaksanakan jika bermain muzik sekadar ala kadar saja. Membuar rakaman demo masih secara live. Itukah visi yang akan dilaksanakan untuk menjadi terkenal. Kalau lah begitu mmg susah dab payah untuk menonjol jika rakaman itu masih di tahap kurang memuaskan.

Tapi tidak guna juga jika sound memuaskan jika petikan, ketukan, vokalis muzik tidak hebat. Bikin rugi saja membuat rakaman.

Definisi


2009 merupakan tahun muzik bagi penggemar muzik di Tawau.Tahun itu juga banyak acara muzik diadakan dr yang underground ke mainstream.

Penganjuran beattle of the band, gigs, open jam begitu banyak sekali diadakan di daerah ini. Sekaligus kewujudan band2 muzik seiring dengan arus ini. Pertumbuhan ini juga membuatkan semakin ramai crowd yang mula hadir ke mana2 acara muzik.

Tidak juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang mana pusat studio jamming di buka di sana sini.

AKU BUKANLAH PENULIS YANG BAIK. DAN AKU BUKANLAH PEMERHATI YANG BIJAKSANA. AKU HANYA MEYAMPAIKAN KEPADA KAMU TENTANG APA YANG DILIHAT DAN DINAMPAK. TAPI MASIH BELUM DIREVIEW TENTANG KEBURUKAN MUZIK DI TAWAU DARI PELBAGAI ASPEK.

JADI AKU MINTA MAAF JIKA PENULISAN ARTIKEL INI MENGANDUNGI BERAT SEBELAH. TAPI AKU TETAP DENGAN AKU..HAHAHHAHA.
.

2009 BERLALU, KINI 2010 AZAM BARU KENA DISEMATKAN DAN DILAKSANAKAN.TANAMKAN AZAM CINTAKAN KEPADA TUHAN DAN BERAMAL IBADAH LA SELALU.MUZIK2 JUGA TAPI AMAL JANGAN DILUPAKAN.

Tiada ulasan: